DSN

DS NAJIB X GELOJOH MCM ANWAR & MADER!!

Ada Yang Tanya Pada Aku Kenapa Aku Masih Lagi Menyokong DS NAJIB Walaupun Dia Bukan Lagi Perdana Menteri Malaysia..

Maka Aku Pun Dengan Bangganya Menjawab…

Pertama ,

Yes NAJIB BUKAN GELOJOH .

Kau hentam dia kiri kanan depan belakang atas bawah pun dia tetap dengan pendirian dia menyatakan yang HAK pada rakyat melalui sosial media FB nya . Dan ada kau nampak dia nak terhegeh-hegeh macam Anwar nak jadi PM ? Jawapanya tak ada .

Maka itulah bezanya NAJIB RAZAK DAN ANWAR . Anwar pergi ke uni-uni buat talk hasut student dengan cara yang halus untuk benci pemimpin dulu terutama najib .

Semasa NAJIB buat talk TN50 menjelajah ke satu uni ke satu uni aku masih ingat lagi di UiTM masa tu , najib lebih bercerita tentang rakyat dan Aspirasi anak muda terhadap kerajaan ketika itu beliau menjelaskan kepada kepada student apa yang dia nak lakukan untuk negara tapi anwar ? Masuk uni jadikan uni sebagai tempat medan menyampai berita palsu sungguh jijik bakal PM KE 8 ni .

Kedua ,

Sebab NAJIB BAGUS .

Aku malas nak menulis panjang tetang kebagusannya pada rakyat dan negara sebab dah beratus-ratus ayat aku tulis sebelum ni . Tapi satu cukup aku bagi tahu korang NAJIB BAGUS DALAM BAB EKONOMI DAN MENTADBIR NEGARA . Buktinya zaman NAJIB ekonomi baik tak hancur macam sekarang . Di iktiraf pula oleh agensi pelabur trust .

Ketiga ,

NAJIB PUNYA PENGALAMAN YANG SANGAT LUAS .

Najib dah berkhidmat pada rakyat MALAYSIA ni sudah lebih 40 lebih tahun dalam dunia politik Dan bermacam-macam kementerian yang dia dah pegang sebelum dia naik jadi perdana menteri .

Dengan pengalaman yang dia punya aku yakin dia mampu melakukan yang terbaik buat negara cuma KAU JE BUTA TAK NAMPAK APA YANG DIA BUAT yelah sebab hidangan najib masa jadi PM dulu mungkin sambal sardin hidangan PH ikan tenggiri masak lemak sebab tu lazatnya lebih kepada PH padahal lazatnya PH tu masakkannya separuh masak boleh mengakibatkan siapa yang makananya sakit perut . Dan itu terjadi hari ni rakyat di kencing nya sampah basah kaw-kaw 😊

Ke empat ,

NAJIB SEORANG YANG PRIHATIN .

Yes dia sangat prihatin pada rakyat nya . Kalau kau teliti polisi atau dasar yang dia bawa semasa dia jadi PM dahulu semua polisi nya PRO KEPADA RAKYAT . Boleh di katakan TAK KIRA LAPISAN MASYARAKAT TAK KIRA WARNA KULIT SEMUA DAPAT MERASAI TITIK SENTUH KASIHNYA sebagai pemimpin pada ketika itu .

Kau bayangkan punya la prihatin NAJIB ni golongan muda macam aku pun dapat merasai titik sentuh kasihnya tapi sekarang HANCUR . Tiada lagi istilah kasih seorang pemimpin pada rakyat nya .

Ke LIMA ,

NAJIB DATANG DARI KELUARGA YANG BAIK-BAIK .

Apabila datang dari keluarga yang baik-baik maka dapat lah juga kepada NAJIB ni . Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Arwah tun razak sangat peduli dengan rakyat begitu juga lah dengan anak nya NAJIB RAZAK .

Semasa najib jadi perdana menteri dahulu jika beliau turun ke kampung-kampung untuk hadir program-program sure ada buah tangan untuk orang kampung dan beliau tidak pernah datang dengan tangan kosong . Itulah NAJIB RAZAK .

Ke ENAM ,

NAJIB SEORANG YANG LEMAH LEMBUT .

Ya beliau seorang yang lemah lembut . Tapi sayang dengan lemah lembut dia lah rakyat pada ketika itu pijak kepalanya , kufur nikmat etc . Apa yang di buat oleh beliau di pandang enteng , di pandang serong oleh rakyat sehinggakan beliau di jatuhkan pada PRU14 lalu . Now semua baru nak acah-acah menyesal .

Ke TUJUH .

NAJIB BUKAN MULUT CELUPAR .

Yes Najib bukan mulut celupar macam PM KE 7 . Yang mengatkan melayu pemalas , nak harap bantuan , nak harap tongkat etc . Tapi NAJIB membantu rakyat yang memerlukan itulah NAJIB .

Kalau najib terlepas cakap pun jarang-jarang . Dia bukan kaki ratib MELAYU MALAS macam PM KE 7 . Itulah bezanya NAJIB DAN PM KE 7 .

Ke LAPAN ,

NAJIB TAK ANGGAP DIRI DIA SAJA YANG BETUL .

Yes Najib tak anggap diri dia saja yang betul . Buktinya hari ni bila dia kalah dia terima dengan seikhlas hatinya dan perbetulkan kerajaan hari ni dengan fakta bukan dengan auta seperti PM KE 7 tu .

Bila dia tunjukkan skill nya bermain fb dengan fakta maka tenampak jelas KEBODOHAN SETIAP PEMIMPIN PH . Serius nampak jelas .

Ke SEMBILAN ,

VISI DAN MISI UNTUK NEGARA SANGAT JELAS .

Yes MISI DAN VISI NAJIB sangat jelas untuk menjadikan malaysia maju berpendapatan tinggi . Buktinya zaman NAJIB dan PAK LAH yang mengangkat taraf penjawat Awam setara gajinya dengan penjawat Swasta . Zaman PM KE 4 ? hmm mimpi jelah .

Ke SEPULUH ,

NAJIB BAGUS TARIK PELABURAN .

Yes setiap kali najib ke luar negara sure akan bawa balik pulangan pada negara . Zaman najib para-pa ra pelabur berebut-rebut datang malaysia nak invest dan zaman sekarang ? Ke luar negara dapat ijazah bagai tapi pergi mengemis mintak sedekah pinjam bon .

Tak cukup dengan tu balik malaysia takde idea yang bernas jual Aset selagi ada SAMPAI PH TUMBANG DENGAN KEJINYA Itu ke yang di katakan bijak ?

Akhir kalam ,

Beza Najib , Anwar dan PM KE 7 sangat jauh…

Najib lead malaysia boleh di katakan secara keseluruhan dapat manafaat nya .

PM KE 7 lead malaysia DI BERHENTI KAN KERJA , DI POTONGNYA BANTUAN SANA SINI LEPAS TU GELARKAN MELAYU PEMALAS .

Maka Korang Tak Nampak Lagi Ke Kenapa Aku Masih Setia Mendokong Dan Menyokong DATUK SERI NAJIB RAZAK..?!

NOTE : TAIP #DatoSeriNajibRazak TANDA SOKONGAN ANDA KEPADA MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Leave a comment